25 April 2010

FaceBook Tadika Anakku

Anda ingin berkongsi cerita
Kunjungi di



Jumpa anda di FB





22 April 2010

Hari Lawatan Ke Bintulu Port Bintulu

Seronoknya anak-anakkku pergi melawat tok...
Hasil dari lawatan kali ini, pelajar sangat seronok..
Selain diberi penerangan peranan Bintulu Port..
Kami telah di bawa melawat di Jeti Kapal-kapal..
Apa lagi syok lah pelajar-pelajar kita..
Ibu-ibu yang ikut rombongan juga apa kurangnya seronok..
Bukan senang boleh melawat dalam kawasan jeti

Insya-Allah
Tahun-tahun mendatang nanti
KITA JALAN-JALAN LAGI


18 April 2010

KOLEJ JAIPUTRA BOLEH MASUK MINIMA 3 KREDIT SPM




MAJLIS IKHTIFAL TADIKA ANAKKU 15-16 MEI 2010


Salam buat semua pengunjung.

Alhamdulillah, setelah bermesyuarat JKIBG Tadika Anakku dengan AJK Surau Al-Mustaqim pada 18 April jam 9.30 pagi, beberapa perubahan bagi memantapkan dan memperkemaskan lagi aturcara pada hari tersebut nanti telah di buat.


Aturcara Majlis Ikhtifal

15 MEI 2010

Masa Program

7.30 - 10.30 pagi  - Gotong-royong membersih Tadika Anakku dan Surau Al-Mustaqim

6.30 - 8.30 malam - Solat Maghrib

                             - Forum Ehwal Islam

                             - Solat Isyak


16 MEI 2010

Masa Program

7.00 - 7.30 pagi   - Pendaftaran Peserta Pertandingan Hafalan Surah Lazim, Azan & Do'a

7.30 - 8.30 pagi   - Pertandingan Mewarna (DI Bangunan Tadika Anakku)

8.00 - 11.00 pagi - Pertandingan Hafalan Surah Lazim, Azan & Do'a (DI Surau)

11.15 - 12.30 tgh - Majlis Penutupan Rasmi Majlis Ikhtifal

                            - Penyampaian Hadiah

                            - Bersurai


Pihak Tadika Anakku dan AJK Surau Al-Mustaqim menjemput anda semua datang beramai-ramai ke majlis Ikhtifal ini bermula 15 Mei hingga 16 April 2010.

Bagi anak-anak yang ingin mengikuti pertandingan, borang boleh dapati di Tadika pada waktu pagi, penyertaan adalah terhad sahaja.

Pihak Tadika Anakku mengalu-alukan kedatangan anda semua dan bersama-sama kita hebahkan aktiviti ini kepada sanak-saudara dan sahabat handai semua.

JUMPA ANDA DI SANA

MAJLIS IKHTIFAL TADIKA ANAKKU 2010







17 April 2010

Lawatan Tadika ke BPSB 22 April

Salam buat semua warga Tadika.

Tadika Anakku anak mengadakan lawatan ke Bintulu Port Sdn. Bhd. pada 22 April 2010 (Khamis), semua pelajar digalakkan menyertai bagi yang tiada halangan termasuk juga ibubapa yang ada kelapangan.

Aktiviti lawatan adalah aktiviti tahunan yang pihak tadika anjurkan dengan tempat yang berbeza setiap tahun.

Selamat Melawat.

05 April 2010

Tahniah Buat Semua Ibubapa

Alhamdulillah, pada mesyuarat bersama ibubapa 2 April 2010 kita telah melangkah kedepan lagi dengan terbentuknya Jawatankuasa Ibubapa Dan Guru Tadika Anakku 2010.

Tahniah pihak Tadika Anakku ucapkan kepada semua ibubapa yang hadir, semoga kedatangan kita akan melonjakkan semangat kita untuk sama-sama berjuang mengimarahkan semangat dakwah di RPR Kidurong.

Pihak Tadika juga mengucapkan tahnish kepada AJK yang telah dipilih, insya Allah kita akan bekerja bersama-sama untuk kemajuan anak-anak kita.

29 March 2010

Ibupada Di Jemput Hadir pada 2 April 2010

Assalamualaikum kepada semua ibubapa Tadika Anakku.




















Lawatan Ke BPSB pada Tahun 2007


















Pihak Tadika Anakku telah merancang 2 program terdekat ini untuk pelajar-pelajar tadika seperti di bawah ini dan pihak Tadika menjemput semua ibubapa untuk turut serta dalam perbincangan ini nanti bagi menyumbang idea dan pandang yang terbaik untuk menjayakan aktiviti tersebut.

2 Program adalah :

i. Lawatan Pelajar ke BPSB & LPB (Cadangan) 16 April 2010 (Jumaat) ii. Majlis Ikhtifal 9 Mei 2010

Semua ibubapa di jemput hadir mesyuarat pada :

Tarikh : 2 April 2010
Hari : Jumaat
Masa : 9 Pagi
Tempat : Tadika Anakku

Pihak Tadika juga mohon kerjasama ibubapa untuk menghebahkan mesyuarat ini kepada ibubapa yang lain untuk kita sama-sama menjayakannya.

Jumpa anda di sana 2/4/2010

Terima kasih. Wassalam

Pengurus Tadika Anakku
 

©2009 . | by TNB