21 November 2009

Selamat Bercuti

Salam buat warga Tadika Anakku, kami pihak tadika serta guru-guru mengucapkan selamat bercuti bersama keluarga yang tersayang.

Kami hanya ingin sama-sama beringat, di musim cuti begini anak-anak selalu mencari keseronokan untuk mengisi masa lapang mereka. Awasilah dan ambil tahu apa aktiviti mereka supaya kita sebagai orang tua tidak menyesal. Kita sebagai orangtua juga harus ambiltahu juga apa keinginan mereka sebab zaman mereka dengan kita jauh berbeza dan selera.

Bersama kita beringat, tak salah. Setiap perbuatan baik yang orang lain buat insya-Allah kita akan mendapat ganjaran di sisi Allah, amin.

17 November 2009

KEM CUTI SEKOLAH HIKMAH BINTULU

Sempena musim cuti sekolah semester yang akan datang HIKMAH Bintulu sekali lagi menganjurkan program KEM CUTI SEKOLAH 2009. Kem yang antara lain mensasarkan penyertaan golongan remaja di sekitar Bintulu dengan objektif seperti berikut;

1. Mengisi masa lapang para peserta dengan rangkaian aktiviti yang bersepadu iaitu dunia & akhirat.
2. Membimbing para peserta agar mempunyai tujuan hidup yang benar dan saat menghadapi cabaran dalam kehidupan.
3. Menanam kecintaan dalam diri para peserta untuk melakukan aktiviti yang mendatangkan manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat seterusnya negara.

  • Kem Cuti Sekolah 2009 akan dikendalikan pada 1-15 Disember 2009.
  • Lokasi kem : Banggunan Martabat, Bintulu
  • sasaran peserta Tingkatan 2-5 (Lelaki & Perempuan)
  • Yuran penyertaan RM250 seorang
Kandungan Program.

  • Program pendidikan Islam Intensif. ( Madrasah )
  • Outdoor training.
  • Dialog intaraktif remaja.
  • Multimedia
  • Sholat berjamaah 5 waktu.
Sesiapa yang berminat untuk menyertai KEM CUTI SEKOLAH 2009 (HIKMAH) Sila hubungi;


Ustaz Ariffin Bin Haji Sebli : 013-840 8201
Ismawi Ishak : 012-8700112
Ustaz Ali Fathulloh Harun : 013-8169561 atau email : hikmahbintulu@gmail.com

Ibubapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak, sila dapatkan brosur serta menghubungi pihak penganjur seperti alamat yang tertera. Selamat beramal kebajikan untuk anak-anak demi masa depan yang gemilang dan mendapat keredhaan Allah.

16 November 2009

Majlis Konvo Tadika

Gambar Pelajar Konvo 2009

Gambar Pelajar Konvo Pra 3 2009

Majlis Konvo dirasmikan oleh Yg Arif Ust. Najarudun Bin Nedri
Hakim Mahkamah Syariah Bintulu

Hadiah Disampaikan oleh Tetamu Jemputan Tn Hj. Saimi Bin Hj. Hassan
Pengerusi Surau Al-Mustaqim RPR Kidurong

Hadiah disampaikan oleh Tn. Hj. Ibrahim Bin Edeni
Ketua Kaum RPR Kidurong

Persembahan Sajak Pelajar Pra 3

Persembahan Nasyid Pelajar Pra 3

Bacaan Surah Al-Ma'un oleh adik Mukmin dan Luqman

Persembahan Nasyid oleh pelajar Pra 2 dan 1

Tetamu jemputan dan hadiran majlis konvo
 

©2009 . | by TNB