10 August 2010

Program RAMAI2 RAIKAN RAMADHAN (3R)



























Akan di adakan di Surau Al-Mustaqim pada 14 Ogos 2010 bermula jam 8.30 - 12.30

Borang pendaftaran boleh di dapati di Tadika Anakku !

Ramadhan Dah Kembali

Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal.     Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Umat Islam seluruh negara telah melangkah masuk ke bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Rentetan daripada ketibaan Ramadan, suasana baru yang tidak dapat dilihat pada bulan-bulan lain akan mengambil  tempat. Di antaranya menggambarkan ciri ibadah puasa yang sebenar serta tidak kurang juga puasa sebagai adat atau pesta tahunan.      Oleh itu, umat Islam perlu benar-benar memahami falsafah puasa yang selaras dengan al-Quran dan sunah serta mengelakkan daripada menjadikan puasa hanya sebagai adat tahunan sahaja.
 

©2009 . | by TNB