Latarbelakang :
Institut IQRA’ adalah sebuah institusi yang ditubuhkan untk menganjur kursus-kursus dan latihan-latihan sumber kemanusiaan dalam rangka melahirkan generasi yang berkualiti sejajar dengan program modal insan kebangsaan.
Institut ini bertapak di kampung Baru Bintulu Sarawak dan digerakkan oleh anak-anak tempatan yang berkelulusan dan berkelayakan serta berpengalaman dalam bidang latihan-latihan, kaunseling, dan aktiviti-akviti keagamaan.
Institut ini menggariskan beberapa bentuk program dan salah satu daripadanya adalah Kursus Pengajian Islam Dan Arab yang telah dilaksanakan pada Januari 2008. Selain itu terdapat kursus-kursus lain yang dijalankan mengikut keperluan dan kemampuan institut seperti Kelas Aqidah dan Fekah pada hari Selasa dan Rabu malam, Kelas Bahasa Arab untuk Wanita pada hari Isnin malam
KURSUS PENGAJIAN ISLAM DAN ARAB
Program ini merupakan sebuah kursus dan latihan yang akan memberi panduan dan bimbingan kepada para peserta dalam bidang pengajian Islam seperti akidah, ibadah, akhlak, al-Quran dan seumpamanya bagi mengisi keperluan-keperluan rohani agar akan lahir tunas muda yang mempunyai jati diri dan semangat waja dalam berdepan dengan berbagai cabaran globalisasi serta lain-lain ancaman terhadap agama , bangsa dan negara.
Firman Allah :
“Allah mengangkat daripada orang-orang beriman daripada kalian dan orang yang diberi ilmu ke beberapa darjat”
Sabda Rasulullah saw. :
“Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan, maka diberi-Nya kefahaman agama”.
Selain itu para peserta akan diberi latihan (teori dan amali) dalam berdakwah atau kerja-kerja sosial sebagai pendedahan dan persiapan kepada mereka dalam memberi khidmat atau berdakwah kepada masyarakat pada masa akan datang.
Umat Islam adalah umat terbaik yang dikeluarkan Allah dari kalangan manusia apabila mereka berilmu, beriman dan melakukan amal kebajikan (kemasyarakatan) seperti berdakwah.
Usaha dakwah merupakan warisan yang ditinggalkan Nabi saw., kemudian diteruskan oleh para sahabat seterusnya sehinggalah sampai ke generasi kita sekarang ini.
OBJEKTIF
Melalui kursus ini, pihak Institut IQRA’ menggariskan beberapa objektif untuk dicapai iaitu ;
1. Menyediakam sebuah media pengajian Islam yang bersepadu, sistematik dan praktikal kepada masyarakat Islam.
2. Melahirkan generasi muda yang berakhlak dan bercirikan Ke-Islaman seirngan dengan program pembangunan sumber manusia negara.
3. Menyemarakkan usaha ‘amar ma’ruf dan nahi mungkar’ dalam membendung gejala sosial tidak sehat yang merunsingkan.
Kumpulan sasaran dan syarat
Kursus ini akan melibatkan remaja atau generasi muda Islam yang memenuhi syarat-syarat seperti di bawah ;
1. LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2. Menjaga solat lima waktu
3. Boleh membaca al-Quran dengan baik
4. Berakhlak baik
5. Bersiap untuk dibimbing dan dididik
6. Sihat tubuh badan
7. Mampu untuk menghafal
8. Berusia tidak melebihi 25 tahun
Berapa banyak belia dan remaja Islam yang lalai dan telah mensia-siakan potensi yang sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara yang baik dan positif contohnya seperti mengikuti kursus seumpama ini demi kebaikan bagi mereka sendiri juga?
Nama dan alamat
KURSUS PENGAJIAN ISLAM DAN ARAB
INSTITUT IQRA’, 457 kampung Baru, 97000, Bintulu, Sarawak

0 comments:
Post a Comment