Pihak Tadika Anakku mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar tadika dan juga semua ibubapa Tadika Anakku. Tadika akan bercuti dari 13 Mac hingga 21 Mac 2010.
Sepanjang cuti, sama-samalah kita mengawasi anak-anak kita, sebagai orang tua kita kena ambil tahu kemana mereka pergi dan siapa kawan rapat mereka. Semoga di atas keprihatinan kita perkara yang tidak diingini tidak akan menimpa anak-anak kesayangan kita. Buatlah program bersama anak-anak sekiranya ada kesempatan.
Kepada Allah kita bertawakkal, amin
Pengurus Tadika