09 September 2010

Salam Aidilfitri Dari Tadika Anakku

Assalamualaikum..

kepada semua yang berpuasa mahupun yang tidak, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan syawal yang bakal menyusul dan salam Aidulfitri daripada Kami TADIKA ANAKKU BINTULU
semoga semua sahabat handai selamat pulang ke kampung halaman masing-masing dan bergembira disamping keluarga tercinta.

Pemergian Ramadan sama sekali ditangisi,
Adakah kita telah merebut segala rahmat dan keberkatan bulan tersebut?
Adakah kita yakin segala amalan kita di bulan itu diterimaNYA?

Itulah kita manusia yang sentiasa dalam keraguan.
Buanglah keraguan tersebut dengan yakin pada Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang.
Buktikan kesungguhan kita itu walaupun selepas perginya Ramadan.
Jadikan ramadan kita yang lalu sebagai
SEKOLAH, 
PONDOK, 
MA'AHAD, 
UNIVERSITI, 
INSTITUSI, 
PESENTREN
yang bakal melahirkan insan yang lebih baik dari sebelumnya.















Selamat Hari Raya Aidulfitri, maaf zahir dan batin dari semua GURU TADIKA ANAKKU

06 September 2010

KUASA TAHAJUD

Tahajud atau amalan bermunajat di sepertiga malam adalah cara yang paling mustajab untuk kita sebagai hamba berhubung dengan Allah s.w.t.

Tetapi, satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang Tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan??

Jawapannya : Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seorang makhluk yang mengaku berTuhankan Allah.
Sesungguhnya ketika itu adalah waktu yang paling nikmat untuk tidur. Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hambaNya. Sekalipun senbahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.” (Surah al-Israa’ : 79)


doa itu senjata Muslim


Ia peluang keemasan untuk manusia daripada Allah untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Pencipta.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air di wajahnya.” (Riwayat Abu Daud)

Apabila diberitahu kepada Rasulullah s.a.w tentang seorang lelaki yang tidak bangun Tahajud dan bangun ketika waktu sudah Subuh, Rasulullah s.a.w bersabda : “lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk sembahyang, berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram.

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadhilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata, maksudnya : ” Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah :
- Jauh daripada segala penyakit
- Lahir kesan takwa pada wajahnya
- Percakapannya mengandungi hikmat
- Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Kurniaan di akhirat pula ialah :
- Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
- Dipermudahkan hisab
- Cepat melalui titian As-Siraat > seperti kilat
- Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan

Walaupun manusia sedar akan ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun, sedikit sekali manusia yang sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama.

sujud seorang hamba

Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya. Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah di saat orang lain sedang nyenyak tidur diulit pelbagai mimpi. Selepas itu, hiaskan Tahajud kita dengan solat sunat Taubat dan Hajat.

Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersolat dan beramal ibadah di tengah malam. Sama-sama kita bermunajat pada Ilahi.

29 August 2010

Sepuluh Hari Terakhir Ramadhan






























Daripada Aisyah r.a. katanya : “Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke sepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam menuntut umatnya yang berpuasa agar berusaha untuk menambahkan amal ibadat mereka apabila masuk hari yang kedua puluh satu Ramadhan sehingga akhir, kerana di malam-malam tersebut akan berlaku Lailatul Qadar. Oleh itu adalah sangat digalakkan untuk kita memperbanyakkan amal ibadat beriktikaf di dalam masjid melakukan sembahyang-sembahyang sunat seperti sunat taubat, sunat tahajjud, sunat tasbih, sunat hajat dan sebagainya selain daripada sunat tarawikh, membaca al-Quran dan berzikir. Bagi para suami, inilah saatnya merebut peluang beribadah bersama keluarga dengan mengajak isteri mereka bangun beribadat bersama-sama. Mudah-mudahan rumahtangga yang dibina sentiasa aman dan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

27 August 2010

CUTI HARI RAYA TADIKA ANAKKU

Salam buat semua ibubapa Tadika Anakku

Insya Allah Tadika Anakku akan mula bercuti sempena HARI RAYA AIDILFITRI pada
04 (Sabtu) September hingga 19 September (Ahad) 2010

Pada 31 Ogos 2010 (Selasa)
Tadika Anakku juga cuti bagi menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia

Pihak mengucapkan Selamat Bercuti dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari Guru-guru Tadika Anakku
Semoga musim cuti ini dapat di manfaatkan sebaiknya

Jumpa lagi di Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri Tadika Anakku pada
26 September 2010 (Ahad)

20 August 2010

Barangan Keperluan Harian suri Rumah

PROMOSI

 






Mari bersama kami di



AS SYAM NATURE SDN. BHD.

Barang keperluan seisi rumah dan harian kita guna
Anda boleh pilih pakej mana yang anda sesuai
harga tetap sama
membeli sambil menabung



1 PAKEJ RM49.90

Potensi bonus =
RM128 sehari
RM896 seminggu
RM3584 sebulan

Pengedar diperlukan sekarang
Keluaran orang muslim
di kilangkan di Bako Kuching
baru dilancarkan 4 minggu
yang awal daftar, cerah masa depan

Jangan tak daftar
Daftar sekarang juga.

KUNJUNGI BLOG ASSYAM

http://assyambtu.blogspot.com/

Nak tahu lanjut sila hubungi saya

HJ. MOHD. SELIMAN HJ. HAMBALI
013-5746623

10 August 2010

Program RAMAI2 RAIKAN RAMADHAN (3R)



























Akan di adakan di Surau Al-Mustaqim pada 14 Ogos 2010 bermula jam 8.30 - 12.30

Borang pendaftaran boleh di dapati di Tadika Anakku !

Ramadhan Dah Kembali

Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal.     Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Umat Islam seluruh negara telah melangkah masuk ke bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Rentetan daripada ketibaan Ramadan, suasana baru yang tidak dapat dilihat pada bulan-bulan lain akan mengambil  tempat. Di antaranya menggambarkan ciri ibadah puasa yang sebenar serta tidak kurang juga puasa sebagai adat atau pesta tahunan.      Oleh itu, umat Islam perlu benar-benar memahami falsafah puasa yang selaras dengan al-Quran dan sunah serta mengelakkan daripada menjadikan puasa hanya sebagai adat tahunan sahaja.
 

©2009 . | by TNB