10 August 2010

Program RAMAI2 RAIKAN RAMADHAN (3R)



























Akan di adakan di Surau Al-Mustaqim pada 14 Ogos 2010 bermula jam 8.30 - 12.30

Borang pendaftaran boleh di dapati di Tadika Anakku !

Ramadhan Dah Kembali

Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal.     Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Umat Islam seluruh negara telah melangkah masuk ke bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Rentetan daripada ketibaan Ramadan, suasana baru yang tidak dapat dilihat pada bulan-bulan lain akan mengambil  tempat. Di antaranya menggambarkan ciri ibadah puasa yang sebenar serta tidak kurang juga puasa sebagai adat atau pesta tahunan.      Oleh itu, umat Islam perlu benar-benar memahami falsafah puasa yang selaras dengan al-Quran dan sunah serta mengelakkan daripada menjadikan puasa hanya sebagai adat tahunan sahaja.

18 July 2010

Selamat Menyambut Ketibaan Bulan Ramadhan






































Sirna mentari di ufuk Syaaban
Tiba malam yang penuh erti
Dalam kelam bersinar keindahan
Ramadhan tiba sekali lagi

Selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan buat seluruh pengunjung.
Semoga kedatangan Ramadhan tahun ini disambut dengan kesihatan tubuh badan, keringanan beramal kebaikan, kesungguhan memperbaiki kekurangan, kemaafan melapangkan jalan kebahagiaan.

Suburkan siang dengan hablun minannaas.
Suburkan malam dengan hablun minallaah.
Seeru ‘alaa barakatillaah.

29 May 2010

Kelas Tuisyen HUSNA, Mengaji & Bahasa Arab Di Buka







































































Salam Buat Semua Pengunjung,

Pihak Tadika Sekali lagi membuka pendaftaran baru untuk semua pelajar yang berminat mengikuti kelas Tuisyen

1. TUISYEN HUSNA MENTEL ARITHMATIK

     - MUSIM CUTI SEKOLAH PADA 7 - 15 JUN 2010 (Isnin-Khamis, Isnin-Selasa)

2. TUISYEN BAHASA ARAB

     - Bermula 7 & 8 Jun 2010 Hari Isnin & Selasa jam 7.00 - 8.30 malam

3. TUISYEN KELAS IQRA DAN AL-QUR'AN

     - Sepanjang Cuti di buka Cuti Sekolah bermula 7 - 17 Jun 2010 jam 8.30 - 10.30 pagi

Bagi sesiapa yang berminat boleh dapatkan borang pendaftaran di Tadika Anakku atau datang terus semasa kelas berjalan.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, jangan tunggu lagi, ajak kawan-kawan dan anak-anak jiran, sahabat dan kenalan anda.

Jumpa anda di Kelas Tuisyen.

Semoga anak-anak anda mengisi masa cuti dan lapang ini dengan program yang bermanfaat.

Wassalam.






17 May 2010

Hari Majlis Ikhtifal Tadika Anakku

 



















01 May 2010

PENDAFTARAN KEMASUKAN 2011 TELAH DI BUKA SEKARANG

Pendaftaran untuk
KEMASUKAN TADIKA ANAKKU 2011
telah di buka sekarang.
Borang pendaftaran boleh didapati Tadika Anakku
Tempat adalah terhad.

Daftarlah anak anda sekarang
Rancangkan anak anda mulai sekarang
menjadi anak yang soleh dan solehah
di TADIKA ANAKKU



25 April 2010

FaceBook Tadika Anakku

Anda ingin berkongsi cerita
Kunjungi di



Jumpa anda di FB





 

©2009 . | by TNB