23 November 2010

Musim Cuti Kembali Lagi

Selamat bercuti bersama keluarga tersayang semua

Di harap anda semua dapat menggunakan masa yang terluang ini dengan aktiviti yang sangat bermakna terutama buat anak-anak kita,merekalah yang samgat gembiraa bila cuti tiba tapi kitalah yang kena memprogram mereka supa musim cuti ini meninggalkan kenangan yang manis dan menyeronokkan.

Selamat Bercuti.


Tadika Anakku akan mula persekolahan pada 3 Januari 2011.
Pendaftaran dan Jualan Buku akan mula pada 27 disember 2010
Sekiranya tuan/puan ada pertanyaan boleh hubungi
Guru Besar Pn. Raliah 019-8743150
Hj. Seliman 013-5746623

22 October 2010

3 Pelajar Tadika Anakku Masuk SK Agama Bintulu

Alhamdulillah, 3 orang pelajar Tadika Anakku telah diterima memasuki SK Agama Bintulu, setelah menduduki ujian saringan pada 2 Oktober yang lalu, walaupun kita cuma 12 orang pelajar  sahaja yang hadir ujian tempoh hari, hasilnya 3 daripada mereka telah berjaya. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana  setiap tahun pelajar kita akan memasuki Sk Agama. Tahniah kita ucapkan kepada guru-guru Tadika Anakku yang telah mengajar dan mendidik mereka sehingga membuahkan hasil dan kejayaan murid.


Senarai  nama 3 pelajar tersebut adalah:

1. Asmaa Mahirah bt. Hj. Mohd. Seliman













2. Haliffi Zulqhayme bin Yusuf













3. Solahuddin bin Mohd. Nor













Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya dan sokongan serta dorongan ibubapa.

Bagi pelajar lain, tidak dapat memasuki SK Agama bukanlah menandakan mereka lemah cuma rezeki mereka berada di sekolah lain. Kita yakin semua pelajar keluaran Tadika Anakku pasti akan berjaya di sekolah lain, insya-Allah amin.

02 October 2010

Pelajar Ikuti Ujian SK Agama

Hari ini pelajar Tadika Anakku mengikuti ujian kemasukan ke SK Agama Bintulu.
Dari awal pagi semua pelajar dan guru sudah siap sedia di perkarangan SK Agama.
Alhamdulillah, semua pelajar yang hadir merasakan rasa gembira dan berharap dapat menjawab ujian dengan tenang dan betul.

Sebelum Ujian
Ckg Bibi mengagih Kad Nama
Suasana sebelum ujian


Guru Memeriksa kehadiran

Palajar Tadika Anakku dah siap sedia

Langkah pertama ke kelas ujian











































Setelah selesai ujian, nampaknya pelajar-pelajar Tadika Anakku sangat gembira dan mengatakan boleh menjawab soalan yang diberi. Mudah-mudahan mereka semua berjaya hendaknya.
Tidak lupa juga kepada ibubapa, berdoalah agar anak-anakk tuan/puan lulus semasa ujian ini, amin.

20 September 2010

Selamat Kembali ke Sekolah

















Setelah 2 minggu bercuti hari raya,
hari ini anak-anak kita telah kembali ke bangku sekolah masing2.
Tidak terlepas juga pada ibubapa..!
tugas harian berjalan seperti sediakala
bangun awal pagi
menyediakan sarapan dan bekalan untuk anak2 dan kita sendiri..
begitulah lumrah kehidupan kita di dunia ini,
tanggungjawab dan amanah tetap kita pikul dan tunaikan..
semampu mungkin

Kini Ramadhan sudah pergi
Syawal sebentar lagi akan berlabuh
Puasa 6 kita dah habis kah belum?
Bagi yang belum usahakan selagi syawal menanti kita
sayang kalau tidak direbut pahalanya


















Bagi anak-anak kita yang akan mengikuti ujian kemasukan ke SK Agama pada 2 Oktober 2010
bantu dan bimbinglah mereka
supaya kita gembira dikemudian hari nanti
pihak tadika akan berusaha juga untuk kejayaan anak-anak tuan puan
dan sama-samalah kita usahakan
guru-guru mengajar di tadika
ibubapa mendidik di rumah
kita semua akan gembira
Amin ....

09 September 2010

Salam Aidilfitri Dari Tadika Anakku

Assalamualaikum..

kepada semua yang berpuasa mahupun yang tidak, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan syawal yang bakal menyusul dan salam Aidulfitri daripada Kami TADIKA ANAKKU BINTULU
semoga semua sahabat handai selamat pulang ke kampung halaman masing-masing dan bergembira disamping keluarga tercinta.

Pemergian Ramadan sama sekali ditangisi,
Adakah kita telah merebut segala rahmat dan keberkatan bulan tersebut?
Adakah kita yakin segala amalan kita di bulan itu diterimaNYA?

Itulah kita manusia yang sentiasa dalam keraguan.
Buanglah keraguan tersebut dengan yakin pada Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang.
Buktikan kesungguhan kita itu walaupun selepas perginya Ramadan.
Jadikan ramadan kita yang lalu sebagai
SEKOLAH, 
PONDOK, 
MA'AHAD, 
UNIVERSITI, 
INSTITUSI, 
PESENTREN
yang bakal melahirkan insan yang lebih baik dari sebelumnya.















Selamat Hari Raya Aidulfitri, maaf zahir dan batin dari semua GURU TADIKA ANAKKU

06 September 2010

KUASA TAHAJUD

Tahajud atau amalan bermunajat di sepertiga malam adalah cara yang paling mustajab untuk kita sebagai hamba berhubung dengan Allah s.w.t.

Tetapi, satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang Tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan??

Jawapannya : Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seorang makhluk yang mengaku berTuhankan Allah.
Sesungguhnya ketika itu adalah waktu yang paling nikmat untuk tidur. Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hambaNya. Sekalipun senbahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.” (Surah al-Israa’ : 79)


doa itu senjata Muslim


Ia peluang keemasan untuk manusia daripada Allah untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Pencipta.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air di wajahnya.” (Riwayat Abu Daud)

Apabila diberitahu kepada Rasulullah s.a.w tentang seorang lelaki yang tidak bangun Tahajud dan bangun ketika waktu sudah Subuh, Rasulullah s.a.w bersabda : “lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk sembahyang, berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram.

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadhilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata, maksudnya : ” Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah :
- Jauh daripada segala penyakit
- Lahir kesan takwa pada wajahnya
- Percakapannya mengandungi hikmat
- Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Kurniaan di akhirat pula ialah :
- Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
- Dipermudahkan hisab
- Cepat melalui titian As-Siraat > seperti kilat
- Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan

Walaupun manusia sedar akan ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun, sedikit sekali manusia yang sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama.

sujud seorang hamba

Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya. Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah di saat orang lain sedang nyenyak tidur diulit pelbagai mimpi. Selepas itu, hiaskan Tahajud kita dengan solat sunat Taubat dan Hajat.

Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersolat dan beramal ibadah di tengah malam. Sama-sama kita bermunajat pada Ilahi.

29 August 2010

Sepuluh Hari Terakhir Ramadhan






























Daripada Aisyah r.a. katanya : “Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke sepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam menuntut umatnya yang berpuasa agar berusaha untuk menambahkan amal ibadat mereka apabila masuk hari yang kedua puluh satu Ramadhan sehingga akhir, kerana di malam-malam tersebut akan berlaku Lailatul Qadar. Oleh itu adalah sangat digalakkan untuk kita memperbanyakkan amal ibadat beriktikaf di dalam masjid melakukan sembahyang-sembahyang sunat seperti sunat taubat, sunat tahajjud, sunat tasbih, sunat hajat dan sebagainya selain daripada sunat tarawikh, membaca al-Quran dan berzikir. Bagi para suami, inilah saatnya merebut peluang beribadah bersama keluarga dengan mengajak isteri mereka bangun beribadat bersama-sama. Mudah-mudahan rumahtangga yang dibina sentiasa aman dan mendapat rahmat daripada Allah SWT.
 

©2009 . | by TNB