14 November 2011

Persembahan Pelajar semasa Konvo Tadika Anakku 2011

Persembahan Pelajar Pra 3
Persembahan Pelajar Pra 2

13 November 2011

Majlis Konvo Tadika Anakku 2011

Backdrop Majlis KONVO Tadika Anakku 2011

Ketua Kaum yang diceria bersama pelajar2

Pelajar sedang bersiap sedia sebelum majlis bermula

Persembahan pelajar Pra 2 & 1

Persembahan pelajar Pra 3
Tahniah kepada semua yang telah sama-sama menjayakan majlis yang meriah ini, tentu sekali para pelajarlah yang sangat gembira, dapat hadiah dan buat persembahan. Walaupun majlis ringkas tapi sangat bermakna buat semua yang mengambil bahagian.

06 November 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Eid-ul Adha Dan Ibadah Korban..

Sembelihan korban bukan sekadar ibadah

Melakukan ibadah korban juga perlu mematuhi kaedah penyembelihan yang betul - gambar hiasan


Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Kauthar:1-2 bermaksud: ''Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)."
Hari Raya Aidiladha atau dikenali Hari Raya Haji memang amat ditunggu oleh fakir miskin. Bagi mereka sekiranya mahu makan daging segar inilah masanya, kerana ramai orang Islam berkemampuan akan melakukan ibadah korban setahun sekali ini.
Ketika inilah betapa enaknya daging itu dirasai fakir miskin. Amalan ibadah menyembelih binatang korban ini sama ada lembu, kerbau, kambing atau unta amat dituntut oleh Islam sejajar dengan roh pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang akhirnya menyembelih seekor kibas.
Manfaat sembelihan korban ini bukan hanya kepada fakir miskin sahaja bahkan kepada penternak, penjual atau peraih juga.
Justeru dinasihatkan golongan ini turut melakukan pengorbanan tanpa memikirkan keuntungan sahaja.

23 October 2011

2 Pelajar Masuk SK Agama Bintulu

Alhamdulillah, 2 orang pelajar Tadika Anakku telah terpilih memasuki SK Agama Bintulu hasil ujian saringan. Kedua pelajar ini memang kawan karib dan sangat rapat semasa di tadika, kini keduanya terus bersahabat hingga masuk sekolah agama yang sama, sama bijak sama pandai sama boleh tahan. Pihak Tadika mengucapkan tahniah kepada mereka berdua dan semoga terus berjaya. Mereka adalah
1. Adik Amiruddin bin Baki
2.Adik Afiq Naufal bin Alwi.
Afiq Naufal
Amiruddin

berdua d kereta Bomba
satu pasukan semasa sukaneka

Adik Amir menyambut Hari Jadi
Adik Afiq menerima hadiah masa sukaneka

14 October 2011

Pelajar Pra 3 2011

23 September 2011

Jumaat Pertama di Masjid Al-Mustaqim


Masjid Al-Mustaqim akan mendirikan Solat Jumaat bermulai pada 30 September 2011 tok, kaum muslimin di jemput mengimarahkan masjid, pada malam 29 September 2011 Ceramah Agama oleh MUFTI Sarawak, semua dijemput hadir.

Bakal Graduan Tadika Anakku Tahun 2011

Inilah bakal Graduan dari Tadika Anakku pada tahun ini, majlis KONVO akan di adakan pada 13 November 2011 bertempat di Dewan BDA RPR Kidurong. Semoga pelajar ini nanti akan menjadi pelajar contok kepada kawan-kawan mereka nanti di alam persekolahan sekolah rendah, amin.








Gambar Kelas Tadika Anakku 2011

Kelas Pra 3 Tahun 2011

Kelas Pra 2 Tahun 2011

Kelas Pra 1 Tahun 2011

14 September 2011

Ramah Tamah Aidilfitri Tadika Anakku 2011

Guru Besar menyambut kedatangan ibu2 dan pelajar

Salah seorang bapa tengah memilih juadah yang sedap2

Si Bapa tengah menyuap lauk kepada anaknya

Wah! meriahnya para ibu dan anak menjamu selera

Alhamdulillah Tadika Anakku telah mengadakan Ramah Tamah Aidilfitri 2011 yang di adakan pada 10 September 2011 Hari Sabtu jam 2.30 petang. Ramai ibubapa serta pelajar telah sama-sama menghadiri majlis tersebut. Selain dari ibubapa pelajar Tadika, AJK Masjid Al-Mustaqim telah sama memeriahkan majlis ini serta di akhiri jemaah Solat Asar pada hari berkenaan.

Tahniah pihak Tadika Anakku ucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ramah tamah, semoga hubungan dan kerjasama yang erat sentiasa berterusan di masa mendatang, amin.

31 August 2011

Salam Lebaran Dari Tadika



Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengetarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.

Sepuluh jari tersusun rapi,
membawa harum bunga melati.
Niatku ini setulus hati,
memohon maaf  di hari Fitri.

Dari Pen gurusan Tadika Anakku dan Guru-guru

21 August 2011

10 Akhir Ramadhan Bersama Rasulullah

Kita disuruh melipat gandakan ibadat pada 10 hari terakhir Ramadan.
lailatulqadar
RAMADAN menjanjikan ganjaran yang cukup istimewa bagi seorang Muslim ke arah mengecapi kecemerlangan hidupnya. Hal ini akan terlaksana dan tercapai dengan jayanya.
Pertama; jika setiap hamba benar-benar seorang Muslim yang mengerjakan ibadah puasa berteraskan keimanan dan muhasabah serta mengikuti sunnah Rasulullah SAW.
Kedua; yakin dengan ganjaran yang telah dijanjikan Allah SWT terhadap segala amalannya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Sesiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran (mengharap ganjaran Allah) nescaya akan diampuni baginya dosa-dosa yang lalu. (riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Memasuki detik 10 terakhir Ramadan pesona peribadi dan perilaku Rasulullah SAW terlakar dalam hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:
Adalah Rasulullah SAW apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan ahli keluarganya dan mengikat pinggangnya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kupasan ringkas hadis
Para ulama berbeza pendapat dalam memberi pentafsiran mereka terhadap hadis di atas. Namun demikian mereka sepakat bahawa Rasulullah SAW melipat-gandakan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.
Hadis di atas menunjukkan betapa Rasulullah SAW amat memberi tumpuan serius pada detik malam 10 terakhir Ramadan terutama dalam perihal beribadah. Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:
Rasulullah SAW bersungguh-sungguh dalam 10 hari terakhir bulan Ramadan, suatu perkara yang tidak Rasulullah SAW lakukan pada bulan-bulan selainnya. (riwayat Muslim)
Mengikat kainnya
Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa para ulama mempunyai beberapa pendapat terhadap istilah ‘mengikat kainnya’.
Di antara pendapat yang paling kuat ialah ia membawa dua pengertian iaitu Rasulullah SAW tidak menggauli para isterinya iaitu melakukan hubungan suami isteri (jimak) dan ini digambarkan dengan istilah ‘mengikat kainnya’.
Maksud yang kedua ialah baginda SAW bersungguh-sungguh dalam setiap ibadah yang dilakukannya. Kedua-dua pengertian adalah tepat jika dilihat dari perbuatan Rasulullah SAW tatkala tiba malam-malam 10 akhir Ramadan. (Fath al-Bari 6:310)
Menghidupkan malam harinya
Rasulullah SAW telah memberikan pedoman terbaik kepada umatnya agar melakukan transformasi dengan mengubah malam yang biasa pada bulan-bulan selain Ramadan dengan menghidupkannya dengan melakukan ketaatan melalui gerak kerja ibadah.
Antaranya melakukan solat-solat sunat, membaca al-Quran, beriktikaf terutama di sepertiga malam sewaktu manusia terlena di malam hari. (Fath al-Bari 6:310)
Membangunkan Ahli Keluarganya
Dalam hal gerak kerja beribadah (solat), baginda SAW tidak pernah melupakan atau mengabaikan keluarganya.
Rasulullah SAW menunjukkan contoh terbaik kepada seluruh umatnya terutama ketua keluarga agar tidak mengabaikan keluarga walaupun dalam perihal melakukan ibadah-ibadah sunat.
Perilaku baginda SAW membangunkan ahli keluargannya turut diteladani Khalifah Umar al-Khattab r.a di mana al-Imam Malik dalam Al-Muwatta’ menyebutkan, bahawasanya Umar r.a melakukan solat malam seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT, sehingga apabila tiba waktu pertengahan malam, Umar r.a membangunkan keluarganya agar melakukan solat seraya mengatakan kepada mereka: “Solat! solat!”
Perkara-perkara yang dianjurkan pada 10 malam terakhir Ramadan
  • Mandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian yang paling baik dan memakai haruman
Ibn Abi ‘Asim meriwayatkan dari Aisyah r.a:
“Rasulullah SAW jika berada dalam bulan Ramadan baginda seperti rutin hariannya tidur dan bangun. Tatkala memasuki 10 hari terakhir baginda mengikat kainnya dan menjauhkan diri dari bersama-sama para isterinya, serta baginda mandi antara Maghrib dan Isyak”. (Terdapat riwayat Abu Hurairah yang menyokong hadis ini)
Dalam riwayat lain daripada sahabat seperti Anas ibn Malik dan ulama pada masa tabi’en menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju yang paling baik dan memakai haruman atau wangian apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan tabi’en ini adalah satu usaha menyambut dan meraikan kedatangan lailatul qadr, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu. Justeru pada malam-malam terakhir Ramadan di samping mencari lailatul qadr dianjurkan membersihkan diri dan memakai wangian dan haruman, sebagaimana ia turut dianjurkan ketika Aidilfitri dan Aidiladha.
  • Mencari lailatul qadr
Umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut lailatul qadr. Hal ini bertepatan dengan sabda baginda yang bermaksud,
Carilah malam lailatul qadr pada 10 malam terakhir. (riwayat al-Bukhari)
Dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu. Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan. Rasulullah bersabda:
“Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam, dia telah mengambil menghidupkan seluruh malam itu”. (Riwayat Abu Dawud).
Maksudnya sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian apa yang dimaksudkan dengan lailatul qadr. Apatah lagi jika mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.
  • Melewatkan sahur
Daripada Sahl ibn Sa’d berkata:
Sesungguhnya aku pernah bersahur bersama keluargaku dan aku sempat untuk sujud bersama dengan Rasulullah SAW. (riwayat al-Bukhari)
Perlakuan ini turut diceritakan oleh Zaid ibn Thabit berkata:
“Kami pernah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bersolat dengan baginda. Lantas Anas bertanya, Berapakah jarak di antara sahur itu dengan solat? Zaid menjawab, kira-kira 50 ayat. (riwayat al-Bukhari)
  • Melakukan iktikaf
Iktikaf adalah sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran lailatul qadr (malam yang lebih baik dari 1,000 bulan). Firman Allah dalam surah al-Qadr yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadr, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadr itu? Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5)
Menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a Bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir daripada Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya. Dalam sebuah hadis lain Bahawasanya Abu Hurairah berkata:
“Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari”. (riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi)
  • Membanyakkan doa
Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT. Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Imam al-Tirmidzi dan dinilai hasan sahih, Aisyah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Doanya berbunyi:
Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa’ fu anni yang bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku. (al-Tirmidzi 5:535)
Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud:
“Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu Kelak”. (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65)

15 July 2011

Amalan sebelum Ramadhan

Oleh: Nabil Jalhoum

Di antara kemurahan hati Allah kepada umat nabi yang Allah kasihi dan yang kita cintai Muhammad saw, iaitu Allah sentiasa membuka dan terus membuka sepanjang hari, bulan dan tahun dengan pintu-pintu yang baik, dan bersamanya kebaikan, malahan semuanya adalah kebahagiaan dan ibadah yang mendekatkan kepada Allah SWT. Allah juga tidak membiarkan para hambaNya melainkan sentiasa memuliakan mereka dengan kemurahan hati dan sentiasa menambahkannya. . Segala puji bagi Allah yang mengurniakan kepada kita anugerah hasil dari kemurahan hati dan belas kasihan dari Tuhan Yang Maha Pemberi dan Pengurnia Kebaikan.

Solat lima waktu sepanjang hari adalah penghapus dosa sebelumnya ..solat sunat nawafil sebanyak dua belas rakaat, kita sebenarnya membina sebuah istana di syurga .. puasa nawafil secara mingguan menyelamatkan kita dari kepanasan dan kehausan neraka .. Haji tiada balasan yang layak baginya melainkan syurga ..puasa di bulan Ramadan terdapat  rahmat di awal bulan, keampunan di pertengahan dan hadiah paling besar yang tidak dikurniakan kecuali oleh Tuhan Yang Maha Mulia lagi Pemurah, iaitu hadiah pembebasan dari api selain daripada pembebasan setiap hari di bulan Ramadan .. Kenapa tidak? Dialah yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kesempurnaan yang sesuai dengannya. Dialah yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk ke jalan keselamatan dan kesempurnaannya. Dialah yang memberikan kita nikmat, rezeki dan penghormatan dengan menjadikan kita hamba yang beribadat kepadaNya.. Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat dan rahmat-Nya sempurnalah amal-amal yang baik, dan mengurniakan kepada kita pelbagai anugerah . Ya Allah, sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan. Ya Allah, sampaikanlah kami kepada bulan Ramadan. Ya Allah, sampaikalah kami kepada bulan Ramadan.

Persediaan yang sesuai dengan kedudukan Ramadhan

Mungkin suatu bulan seperti Ramadhan yang menduduki ketinggian dan kekayaan sebagai satu peluang besar bagi orang yang bijak untuk bersiap sedia sebelum ketibaannya. Justeru, alangkah baiknya tetamu itu. Inilah bulan Ramadhan.

Oleh kerana itu, Ramadan berhak meminta kesungguhan dari sekarang kerana ianya telah diperuntukkan oleh Allah dalam firmanNya melalui hadis Qudsi (bermaksud):

“Puasa adalah untuk Ku dan Akulah yang akan memberi ganjaran untuknya”.

Persediaan untuk mengenali Allah:

Satu aspek persediaan untuk bulan yang mulia ini ialah benar-benar mengenali Allah dan membetulkan pengetahuan tentangNya, memperkemaskan niat dan membaharuinya secara berterusan kepada Allah semata-mata tanpa mensyirikkan dengan sesuatu dalam setiap amalan sama ada kecil ataupun besar, yang zahir atau batin.

Hati yang mengetahui bahawa Allah adalah pemilik sebenar ialah hati yang mempunyai cahaya yang menyinari ke atasnya dan mendorongnya kepada semua amalan yang baik dan berguna .. Oleh itu, kesejahteraan hati seorang hamba yang menjadikannya sejahtera merupakan hasil yang pasti kepada seluruh badan, iaitu mengindahkan akhlak dan membangunkan tingkah laku sehingga ia menjadi seorang yang begitu istimewa dan berbeza.

Anda akan mendapati perutnya tidak dimasuki kecuali yang  baik, tangannya tidak mengambil rasuah, tidak melakukan penyelewengan, tidak mencuri dan tidak merompak, kerana keimanannya bahawa sesiapa yang menumbuhkan daging dari sumber yang haram, maka api neraka adalah yang layak baginya.

Selain itu, ia juga mempunyai kaki yang baik dan solih, iaitu tidak digunakan untuk berjalan kepada kemungkaran, tidak mencari kejahatan, malah tidak bergerak melainkan ke arah keredhaan Khaliq dan Tuannya .. Pengetahuan yang benar tentang Allah menjadikan dia seorang yang ‘rabbani’. Hanya kepada Allah dia bersandar, kepada Allah dia bekerja, kepada keredhaanNya dia berusaha dan kepada kerelaanNya sahaja dia patuhi.

Persediaan untuk mengikuti Nabi dan mencintainya

Mengikut Nabi dan mencintainya juga termasuk cara menyediakan diri untuk bulan Ramadan yang penuh kebaikan. Iaitu dengan mengingati apa yang dia lakukan pada bulan Ramadan dan sebelum Ramadan.
Kita berakhlak dengan akhlaknya
Kita beradab sopan dengan adabnya
Kita belajar dengan ilmunya
Kita menuruti jalan yang ditunjukinya
Kita mengamalkan agama dan dakwahnya
Kita menaburkan kebaikan kepada orang lain sepertimana nabi sanggup mengorbankan dirinya sendiri
Kita mencintai tanah air sebagaimana nabi menyayangi dan mengasihi tanah airnya
Kita membanyakkan selawat kerana mengharapkan syafaatnya
Allah sentiasa berselawat ke atasnya .. Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya.

Persediaan dengan melakukan muhasabah diri

Ramadan yang penuh kebaikan memerlukan majlis muhasabah  dari sekarang sebelum Ramadan datang dan pergi. Seorang muslim jika dia mahu menjalani kehidupan yang rabbani dan soleh, dia mesti sentiasa memuhasabah diri dengan lebih serius, untuk menjadikan muhasabah sebagai ubat bagi setiap penyakit dan penyembuh bagi setiap musibah dan bencana, membersihkan badan, dan meningkatkan kemampuan dan potensi, dan membahagiakan dirinya dan sebagainya.

Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab Zuhud bahawa  'Umar al-Khattab r.a berkata: "Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab (diakhirat) dan timbanglah amal perbuatanmu sebelum amal kamu ditimbang”. Oleh itu, hari esok lebih mudah untuk anda sekiranya anda telah menghisabnya hari ini, dan menyiapkan diri untuk hari penghisaban terbesar:

“dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat).(Al-Hasyr: 18)

 Ibn al-Qayyim menukilkan dari al-Hasan berkata: "Mukmin yang baik terhadap dirinya ialah yang memuhasabah diri kerana Allah. Allah akan ringankan perhitungan pada hari kiamat ke atas orang-orang yang memuhasabah diri mereka di dunia ini, tetapi Allah akan menyukarkan perhitungan pada hari kiamat ke atas orang yang mengambil perkara ini tanpa melakukan muhasabah diri, ".

Terdapat beberapa kesan besar yang dapat diperolehi bagi orang yang memusahabah diri, antaranya ialah:
1 - Mengenal pasti kelemahan diri yang dapat membantu untuk mengelakkannya.
2 - Membantu untuk rasa takut dan muraqabah kepada Allah dengan jujur.
3 – Membiasakan diri hidup dengan berhubung kepada Allah.
4 – Berjaya memperolehi syurga Allah.

Persediaan untuk sentiasa beristiqamah:

Ini kerana jiwa yang beristiqamah akan meningkatkan ruh ..Firman Allah SWT (bermaksud): 

“Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu.” (Hud: 112),

Sabda nabi saw (bermaksud):

Katakanlah aku beriman kepada Allah kemudian  aku berististiqamah. " (Riwayat Muslim).

Persediaan membersihkan hatinya

Seorang daripada kita tidak tidur sementara di dalam hatinya terdapat kebencian, iri hati dan hasad dengki terhadap salah seorang saudaranya yang Islam. Ini adalah jaminan yang akan melayakkan masuk syurga .. Kita semua tahu kisah Abdullah ibn Amr ibn al-‘As dengan Saad bin Abu Waqas dan sebab Nabi Muhammad saw menyatakan berita gembira bahwa syurga untuk-Nya, "..iaitu orang yang tidak tidur sementara di dalam hati ada perasaan dendam terhadap seorang Islam yang lain.”

Persediaan dengan menulis wasiat

Kita hendaklah sentiasa menjadikan wasiat kita ditulis dan direkodkan butiran dan kandungan dengan terperinci. Kita hendaklah mengambilberat untuk merekodkan hak-hak hamba tentang tanggungjawab kewangan atau lain-lain. Di samping kita merekodkan hak kita sebagai hamba, kita juga tidak lupa untuk menulis wasiat supaya dikebumikan bersama para solihin, dan janganlah sekali-kali kita mati dalam kemurkaan Allah, Tuhan sekalian alam.

Kita juga mesti melatih isteri dan anak-anak kita kepada perlakuan tersebut, dan kita hendaklah membuat wasiat di rumah atas pengetahuan isteri dan anak-anak, atau ibu dan bapa serta adik beradik. Kita janganlah melupakan soal wasiat.

Persediaan mengingati mati:

Marilah kita sentiasa mengingati saat kematian yang akan tiba dan keluar ruh untuk mengadap Allah SWT yang bersifat Maha Mulia lagi Maha Pengampun dan belum tentu Ramadan akan datang kepada kita, kerana berapa ramai orang yang kita kasihi telah ‘menghilang’ pada bulan Ramadan dan sebelum Ramadan.

Persediaan untuk mengambil Perjanjian:

Iaitu kita berikrar kepada diri kita sendiri dan Tuhan kita, bahawa kita akan menggembling sepenuh tenaga pada bulan Ramadan - Jika Tuhan dapat menyampaikan kita kepadanya – untuk berzikir, membaca al-Quran, berbuat ihsan dan mengubah diri kepada yang lebih baik daripada sekarang, menyubur dan mengembangkan hubungan antara kita dan Allah, antara kita dan Nabi kita, antara kita dan isteri-isteri dan anak-anak kita, antara kita dan dunia seluruhnya.

Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh berdoa dengan segala kekuatan dan hati kita, dengan menadah tapak tangan sambil meminta dengan penuh harap dalam doa:

“Ya Allah, Wahai Tuhan yang boleh membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati kami di atas jalan agama-Mu”.

Persediaan dengan membanyakkan zikir:

Ramadan bulan penuh kebaikan menghendaki kita berlatih dari sekarang untuk membanyakkan zikir, dan sentiasa ingat bahawa perumpamaan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir ialah orang yang hidup dan mati. Zikir itu akan menghapuskan pengasingan antara hamba dengan Tuhannya, Rasulullah saw bersabda (bermaksud):

" Sesungguhnya apa yang kamu sebutkan tentang keagungan Allah dengan tasbih, tahlil dan tahmid, menyebabkan kedengaran di sekitar ‘Arasy suatu bunyi seumpama bunyi lebah, dan Allah akan mengingati mereka, Apakah seseorang itu tidak menyukai jika ada orang yang mengingatinya ? " (Ibn Majah)

Suatu yang indah tentang zikir ialah membanyakkan dan sentiasa berzikir lebih baik pahalanya daripada ibadah lain yang memerlukan usaha dan masa kerana zikir adalah peluang kepada orang-orang yang tidak mampu melakukan ibadah berdasarkan apa yang disebutkan dalam hadis sahih:

“Bahwa orang-orang fakir Muhajirin menemui Rasulullah saw sambil berkata;
“Orang- orang kaya telah memborong derajat-derajat ketinggian dan kenikmatan yang abadi.”. Sabda nabi saw (bermaksud): “Mahukah aku ajarkan kepada kalian sesuatu yang kerananya kalian boleh menuruti orang-orang yang mendahului kebaikan kalian, dan kalian boleh mendahului kebaikan orang-orang sesudah kalian, dan tidak seorang pun lebih utama daripada kalian selain yang berbuat seperti yang kalian lakukan. Iaitu kalian bertasbih, bertakbir, dan bertahmid setiap habis shalat ". (Bukhari dan Muslim)

Di samping itu zikir memberikan tenaga di dalam hati dan kekuatan fizikal, dan perkara-perkara yang paling indah di dalam zikir dan membanyakkannya ialah memperolehi penyaksian Allah di muka bumi yang menjadi saksi untuknya. Justeru, orang yang berzikir kepada Allah di atas gunung, di jalan raya, di dalam kereta, di rumah, di atas kerusi atau berbaring di katilnya .. Semua kawasan dan tempat akan menjadi saksi di sisi Tuhan.

Di dalam sebuah hadith dinyatakan bahawa Rasulullah saw membaca ayat ini:

“Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya.” (Al-Zalzalah: 4).

 Rasulullah bersabda:

Apakah anda tahu apa beritanya? Mereka berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui? Baginda berkata: “Berita yang menjadi saksi kepada setiap orang dan umat, terhadap perbuatan yang dilakukan sambil berkata: Anda telah melakukan suatu perbuatan ke atasku sekian dan pada hari sekian sekian. "

Perlu dinyatakan di sini bahawa berzikir kepada Allah bukan hanya perkataan yang disebut di lidah sahaja, tetapi ia adalah satu reaksi, perasaan dan kesedaran jiwa untuk menggerakkannya daripada keadaan sedia ada sekarang kepada keadaan yang lebih baik dari segi kerohanian, ketelusan, rabbaniah dan iman, malah orang yang banyak berzikir kepada Allah boleh sampai ke peringkat mulia dari Tuhan yang Maha Agung yang memberikan mereka ketinggian, kelebihan dan limpah kurnia.

Persediaan untuk melatih kepada ketakwaan;

Iaitu kita hendaklah melalui semua jalan dan cara untuk membangun dan mengukuhkan ketakwaan di dalam jiwa, tindakan kita dan diri kita sendiri. Inilah seruan Allah kepada para nabi seluruhnya.

Sesungguhnya Amirul Mukminin Ali bin Abu Talib r.a pernah berkata ketika beliau ditanya tentang takwa: Apakah erti takwa wahai imam?. Beliau berkata:

هي الخوف من الجليل، والعمل بالتنزيل، والقناعة بالقليل، والاستعداد ليوم الرحيل
"Iaitu takut kepada Allah, melaksanakan segala suruhanNya, menerima dengan lapang walaupun sedikit, dan bersedia untuk hari pembalasan."

Persediaan untuk bertaubat:

Iaitu kita hendaklah segera bertaubat dan memohon ampun dari Allah dan memohon Allah menerima taubat kita dengan taubat nasuha, dan memasukkan kita ke dalam golongan yang memiliki semangat, ikhlas, sederhana dan melaksanakan agamanya, mencintai para pemimpinnya, tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan, menyebarkan kebaikan kepada semua orang, orang yang jujur danikhlas kepada agama mereka dan mencintai tanahair dengan penuh ndalam di mana pada hakikatnya lebih disayangi daripada diri mereka sendiri.

Teladan dan idola kita dalam hal ini ialah kekasih kita Nabi Muhammad saw yang sentiasa meminta ampun dan bertaubat kepada Tuhan yang adakalanya 70 atau seratus kali dalam sehari .. sedangkan siapakah dia?

Dia ialah seorang Nabi yang tidak pernah berdusta dan dia adalah cucu kepada Abdul Muttalib .. Dia adalah orang yang diampunkan Allah dosa yang telah lalu dan akan datang .. 

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Ali-Imran: 133),

dan orang yang bertaubat adalah umpama orang yang tiada lagi dosa.
  
(Semoga setiap kali Ramadan, seluruh umat Islam, semua negara dan rantau Islam dalam kebaikan, keamanan dan kesejahteraan)
Maha suci Allah Tuhan yang memiliki ketinggian seperti apa yang mereka katakan, dan kesejahteraan buat para Rasul, dan pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

17 May 2011

Majlis Hari Guru 2011

Majlis Potong Kek Hari Guru

Selamat Hari Guru

Persembahan dari pelajar untuk guru

Pelajar Sedang menonton persembahan pelajar

Amiruddin nyanyikan lagu buat guru-guru

Haziq pun sik ketinggalan buat persembahan

kek hari guru

kek hari guru 2

nyam nyam nyam jom makan

banyaaaknya makanan sapa nak makan !

Guru Besar pun nak makan dengan pelajar
 

©2009 . | by TNB