25 December 2009

PENDAFTARAN MASIH DIBUKA


Berita baik kepada semua ibubapa


Pihak Tadika masih membuka pendaftaran kepada pelajar baru. Anak-anak yang berumur 4-6 tahun layak mendaftar di Tadika Anakku. Semasa daftar sila bawa gambar berukuran pasport 2 keping, salinan surat beranak anak dan IC ibubapa serta bayar yuran yang telah ditetapkan pihak tadika.

Tadika akan dibuka untuk pendaftaran pada

28 Disember 2009 (Hari Isnin)
jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Kami menunggu kehadiran tuan/puan

21 November 2009

Selamat Bercuti

Salam buat warga Tadika Anakku, kami pihak tadika serta guru-guru mengucapkan selamat bercuti bersama keluarga yang tersayang.

Kami hanya ingin sama-sama beringat, di musim cuti begini anak-anak selalu mencari keseronokan untuk mengisi masa lapang mereka. Awasilah dan ambil tahu apa aktiviti mereka supaya kita sebagai orang tua tidak menyesal. Kita sebagai orangtua juga harus ambiltahu juga apa keinginan mereka sebab zaman mereka dengan kita jauh berbeza dan selera.

Bersama kita beringat, tak salah. Setiap perbuatan baik yang orang lain buat insya-Allah kita akan mendapat ganjaran di sisi Allah, amin.

17 November 2009

KEM CUTI SEKOLAH HIKMAH BINTULU

Sempena musim cuti sekolah semester yang akan datang HIKMAH Bintulu sekali lagi menganjurkan program KEM CUTI SEKOLAH 2009. Kem yang antara lain mensasarkan penyertaan golongan remaja di sekitar Bintulu dengan objektif seperti berikut;

1. Mengisi masa lapang para peserta dengan rangkaian aktiviti yang bersepadu iaitu dunia & akhirat.
2. Membimbing para peserta agar mempunyai tujuan hidup yang benar dan saat menghadapi cabaran dalam kehidupan.
3. Menanam kecintaan dalam diri para peserta untuk melakukan aktiviti yang mendatangkan manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat seterusnya negara.

  • Kem Cuti Sekolah 2009 akan dikendalikan pada 1-15 Disember 2009.
  • Lokasi kem : Banggunan Martabat, Bintulu
  • sasaran peserta Tingkatan 2-5 (Lelaki & Perempuan)
  • Yuran penyertaan RM250 seorang
Kandungan Program.

  • Program pendidikan Islam Intensif. ( Madrasah )
  • Outdoor training.
  • Dialog intaraktif remaja.
  • Multimedia
  • Sholat berjamaah 5 waktu.
Sesiapa yang berminat untuk menyertai KEM CUTI SEKOLAH 2009 (HIKMAH) Sila hubungi;


Ustaz Ariffin Bin Haji Sebli : 013-840 8201
Ismawi Ishak : 012-8700112
Ustaz Ali Fathulloh Harun : 013-8169561 atau email : hikmahbintulu@gmail.com

Ibubapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak, sila dapatkan brosur serta menghubungi pihak penganjur seperti alamat yang tertera. Selamat beramal kebajikan untuk anak-anak demi masa depan yang gemilang dan mendapat keredhaan Allah.

16 November 2009

Majlis Konvo Tadika

Gambar Pelajar Konvo 2009

Gambar Pelajar Konvo Pra 3 2009

Majlis Konvo dirasmikan oleh Yg Arif Ust. Najarudun Bin Nedri
Hakim Mahkamah Syariah Bintulu

Hadiah Disampaikan oleh Tetamu Jemputan Tn Hj. Saimi Bin Hj. Hassan
Pengerusi Surau Al-Mustaqim RPR Kidurong

Hadiah disampaikan oleh Tn. Hj. Ibrahim Bin Edeni
Ketua Kaum RPR Kidurong

Persembahan Sajak Pelajar Pra 3

Persembahan Nasyid Pelajar Pra 3

Bacaan Surah Al-Ma'un oleh adik Mukmin dan Luqman

Persembahan Nasyid oleh pelajar Pra 2 dan 1

Tetamu jemputan dan hadiran majlis konvo

08 November 2009

IKLAN KEMASUKAN TADIKA ANAKKU DAN TUISYEN




Mesyuarat Persiapan Majlis Konvo

Pada Hari Ahad 8 November jam 9 pagi pihak Tadika telah mengadakan mesyuarat bersama ibubapa Pra 3. Alhamdulillah beerapa orang bagi mewakili ibubapa Pra 3 telah hadir.

Antara hasil mesyuarat yang perlu dikongsikan bersama ibubapa yang tidak hadir seperti di bawah:

1. Bahagian Dekorasi pentas di ketuai oleh Puan Dyg
2. Bahagian Makanan di Urus oleh Guru (Catatan: makanan akan ditempah untuk ibubapa dan pelajar dalam pek yang berbeza. Air botol dan Sirap
3. Tulisan backdrop akan diurus oleh Hj. Seliman
4. Tempat konvo di Dewan Serbaguna RPR Kidurong
5. Tetamu khas dijemput adalah Ust. Khalipah Bin Juli, Pegawai Agama JAIS Bintulu
6. GOTONG-ROYONG MENGEMAS DEWAN PADA 14 nOVEMBER JAM 2.00 PETANG. Ibubapa dijemput ikut serta.

Sama-samalah kita datang nanti pada hari Sabtu 14/11/09 untuk mengatur dewan

Pihak Tadika mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat.

07 November 2009

MAJLIS KONVOKESYEN TADIKA ANAKKU 2009 KALI KE 4


Salam untuk semua, Pihak Tadika sekali lagi akan mengadakan konvokesyen kali 4, majlis akan diadakan di dewan serbaguna RPR Kidurong, Bintulu. Semua warga Tadika Anakku pelajar berserta ibubapa dijemput hadir. Sama-samalah kita menghadiri majlis konvo Tadika Anakku bagi memeriahkan suasana nanti.

Pihak Tadika Anakku mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama kepada pihak pengurusan Surau Al-Mustaqim, ibubapa pelajar dan semua warga RPR Kidurong khasnya dan Bintulu amnya.

Bersamalah dengan kami untuk mengwujudkan suasana / biah soleh dan solehah, amin.

24 October 2009

Ujian Tadika

Makluman untuk semua ibubapa pelajar Tadika Anakku, pelajar akan menduduki ujian akhir tahun ini mulai 27 hingga 30 Oktober 2009 (Selasa - Jumaat).

Selamat menghadapi ujian dan dampingi anak-anak anda semoga berjaya.

15 October 2009

TAFSIR QUR'AN PER-KATA

Tafsir Al Qur’an Per kata
dengan Asbabun Nuzul dan Terjemah Lengkap

Penerbit : Maghfirah Pustaka
Harga Istimewa : RM150.00

Spesifikasi
Cover : Exclusive Hard Cover
Halaman : 624 halaman
Ukuran : A4 (21 x 29,7 cm)
Percuma beg Ka’bah Cantik


Kelebihan Tafsir Qur’an Per kata:

* Tafsir ijmali (global) yang ringkas, bukan sekadar terjemah, yang disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat al-Qur’an
* Mudah dibaca dan difahami, baik secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara semua ayat per ayat.
* Disusun dengan merujuk kepada buku-buku Tafsir yang mu’tabar (diakui)
* Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, yang memberikan informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat.
* Dilengkapi juga dengan terjemahan Departemen Agama Indonesia.
* Tersedia 5 pilihan warna cover: merah, biru, hijau, pink dan ungu. (tergantung persediaan stok)
* Sesuai untuk hadiah kepada orang yang anda kasihi atau buah hamtaran perkahwinan.


Deskripsi

Al Qur’an ini dilengkapi dengan Asbabun Nuzul

(sebab-sebab turunnya ayat) dan Terjemah


Yang berikut ini adalah tampilan penuh satu halaman, terjemahan perkata langsung dibawah tulisan ayat. Dan terjemahan lengkapnya berada disisi kanan untuk halaman ganjil dan sisi kiri untuk halaman genap.


Apa kata ‘Ulama dan Ahli Tafsir?

“Ini akan membuat Anda mengetahui makna dan tafsir setiap kata dari ayat al-Qur’an.”
- DR. Hidayat Nur Wahid, Ketua MPR RI

“Tafsir al-Qur’an per kata ini sangat membantu untuk memudahkan pemahaman al-Qur’an yang diperlukan oleh setiap Muslim.
- Prof. DR. Ahmad Satori, Guru Besar Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta, Ketua Umum Ikatan Da’I Indonesia (IKADI)

“Karya ini memudahkan kita untuk menyelami kandungan makna dalam setiap ayat.”
- Drs. H. Amidhan, Ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI) Pusat.

“Di zaman yang serba segera dan cepat, diperlukan juga cara belajar memahami al-Quran yang cepat. Tafsir Qur’an per kata adalah cara cepat belajar memahami al-Qur’an. Tafsir ini sangat baik digunakan untuk belajar autodidik atau diajarkan di majlis taklim dan lembaga pendidikan Islam.”
- KH. DR. Ahzami Samiun, M.A., Dosen Tafsir Pascasarjana, Univ. Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta

“Tafsir Qur’an Per Kata ini lebih dari sekadar terjemah kosakata al-Qur’an tetapi juga merupakan tafsir ringkas yang disusun berdasarkan kosakata yang sangat membantu pembaca memahami tafsir setiap kosakata sekaligus tafsir ayat secara utuh.”
- KH. DR. Muslih Abdul Karim, M.A., Dosen Tafsir Institut Ilmu al-Qur’an (IIQ), Pimpinan Pondok Pesantren Baitul Qur’an, Depok, Jawa Barat.

“Sebuah tafsir al-Qur’an yang ringkas namun menyeluruh dengan memerhatikan aspek-aspek penafsiran. Semoga karya ini membuat pemahaman umat terhadap al-Quran semakin ‘baik dan benar.’”
- DR. Atabik Luthfi, M.A., Alumnus Fakultas Qur’an Universitas Islam Madinah, Saudi Arabia. Doktor bidang Tafsir dari University Malaya, Malaysia.

“Karya yang sangat bermanfaat dan dinanti umat untuk mempermudah pemahaman terhadap al-Qur’an. Dengan tafsir ini, pembaca yang tidak boleh bahasa Arab boleh menikmati kebenaran dan keindahan hidayah al-Quran kata per kata.”
- KH. DR. Mu’inudinillah, M.A., Pimpinan Pondok Pesantren Tahfizul Qur’an Ibnu Abbas, Klaten; Ketua Program MPI Pascasarjana UMS Surakarta

“Baru pertama kali ini saya menemukan tafsir yang sangat mudah dan baik, terutama bagi pemula dalam memahami al-Quran. Tafsir ini sungguh sangat bermanfaat bagi pembaca yang tidak faham bahasa Arab dalam memahami maksud kata per kata dari ayat-ayat al-Quran.”
- DR. Amir Faishol Fath, M.A., Doktor bidang Tafsir dari International Islami University, Islamabad, Pakistan.

“Tafsir Quran Per Kata merupakan sumbangan ilmiah terhadap al-Quran dengan merujuk kepada rujukan yang mu’tabar (diakui). Sebuah tafsir yang wajib dimiliki oleh setiap muslim yang ingin merasakan ‘lezatnya’ membaca al-Qur’an.”
- Ustadz Ahmad Khusyairi Suhail, M.A., Ketua Sekolah Tinggi Ilmu Ushuluddin ‘Darul Hikmah’


Anda tertarik?

Sila hubungan dan pesan sekarang juga sementara stok masih ada.


Wakil Pengedar dan Penjual

HJ. MOHD. SELIMAN BIN HJ. HAMBALI
HP: 013-5746623 / E-mail : hmseliman@yahoo.com

12 October 2009

RAMAH MESRA TADIKA ANAKKU

Alhamdulillah Tadika Anakku telah mengadakan ramah mesra bertempat di Tadika Anakku, majlis telah berjalan dengan lancar serta mariah. Kebanyakan ibubapa telah datang bersama dengan anak masing-masing beserta juadah.

Pihak Tadika mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan semua ibubapa bagi sama-sama menjayakan majlis ramah mesra. Insya Allah tahun depan kita buat lagi.

Pihak Tadika serta guru-guru mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

25 August 2009

Ramadhan Mubaraak

dakwatuna.com - kita semua bergembira dengan datanganya bulan suci Ramadhan. Kita sambut Ramadhan dengan senandung nasyid:

Marhaban Yaa Syahru Ramadhan

Marhaban Yaa Syahrush Shiyami

Marhaban Yaa Syahru Ramadhan

Marhaban Yaa Syahrul Qiyamimasjid dan doa

Selamat datang Ramadhan. Engkau adalah tamu kami yang agung. Engkau datang membawa berkah bagi kami. Kami bahagai dengan kedatanganmu. Kami bangga karena dengan kehadiranmu ruhani kami menjadi tersirami. Dalam dirimu tersimpan kesempatan tak terhingga untuk kami tebus kekurangan kami masa lalu. Kami menyambutmu dengan spirit iman, karena Allah memanggil kami dengan panggilan yaa ayyuhalladziina aamanuu.

Selamat datang Ramadhan.

Kami ingin memaksimalkan segala kemampuan kami dalam mengisi hari-harimu.

Kami ingin membiasakan bangun sebelum fajar untuk shalat malam dan sahur, karena itu adalah saat-saat yang paling mustajab.

Kami ingin selalu berjamaah di masjid, karena itu adalah sunah Nabi.

Kami ingin mengendalikan nafsu dengan puasa karena itu jalan ke surga.

Kami ingin senantiasa membaca Al Qur’an, karena itu jalan taqarrub kepada Allah.

Kami akan memperbanyak sedekah, karena itu akhlah mulia.

Kami akan bersungguh-sungguh mengisi detik demi detik dengan dzikir kapada Allah, karena itu jalan ruhani menuju ampunan dosa.

Ya, Allah berkahilah kami selama Ramadhan dan selama hidup kami. Jadikan semangat Ramadhan sebagai spirit iman dalam diri kami. Jadikan kami sebagai hamba-Mu tidak hanya di bulan Ramadhan, tetapi sepanjang hayat kami. Tanamkan dalam diri kami cinta masjid seperti kami terbiasa ke masjid saat Ramadhan. Jauhkan kami dari dosa-dosa seperti kau jauhkan kami darinya pada waktu Ramadhan. Istiqamhakan kami di atas kesucian jiwa dan kelembutan hati, seperti kami rasakan selama Ramadhan. Amin

17 July 2009

TUISYEN HUSNA MENTAL ARITHMATIK


Salam buat semua

Esok jam 2 petang kelas tuisyen HUSNA akan bermula

Pendaftaran masih di buka

Bagi yang berminat sila hubungi saya 013-5746623 atau datang terus ke kelas petang esok di tadika anakku

Jumpa anda di sana

Terima Kasih

16 July 2009

Ada Apa Pada Solat?

dakwatuna.com - Setiap kewajiban yang telah dibebankan Islam kepada umatnya senantiasa memuat hikmah dan maslahat bagi mereka. Islam menginginkan terbentuknya akhlak Islami dalam diri Muslim ketika ia mengimplementasikan setiap ibadah yang telah digariskan oleh Allah swt. dalam Kitab dan Sunnah rasul-Nya. Pada akhirnya nilai-nilai keagungan Islam senantiasa mewarnai ruang kehidupan Muslim. Tidak hanya terbatas pada ruang kepribadian individu Muslim, namun nilai-nilai itu dapat ditemukan pula dalam ruang kehidupan keluarga dan komunitas masyarakat Muslim.

Kita bisa merenungkan kembali ayat-ayat Allah yang berkaitan dengan hal ini, sebagaimana salah satu firman-Nya:

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah: 183)

Ibadah yang memiliki kedudukan atau manzilah yang agung ini tidak akan hadir maknanya dalam kehidupan kita, tatkala kita lalai menjaga arkan, wajibat dan sunah-sunnahnya yang inheren dengan ibadah ini. Tatkala kita tidak mampu menghadirkan hati, merajut benang kekhusukan dan keikhlasan dalam melaksanakan ibadah ini, maka kita tidak akan mampu menangkap untaian makna yang terkandung di dalamnya. Kita tidak akan mampu memahami sinyal-sinyal rahasia yang ada di balik ibadah ini.

Tidakkah banyak di antara manusia Muslim yang ahli ibadah namun masih jauh dari nilai-nilai Islam. Ahli shalat, namun masih suka melakukan kemaksiatan. Hal ini disebabkan nilai-nilai agung yang terkandung dalam ibadah sama sekali tidak mampu memberikan pesan-pesan Ilahiah di luar shalat. Takbir yang dikumandangkan di saat beribadah tidak mampu melahirkan keagungan di luar shalat. Do’a iftitah “Inna shalaatii wa nusukii….” yang dilafazkan dalam shalat tidak mampu mengingatkan tujuan hidupnya. Ibadah ini seolah-olah hanya menjadi gerakan-gerakan ritual yang maknanya tidak pernah membumi dalam kehidupan orang yang melaksanakannya.

Oleh karena itu, ibadah shalat yang mampu melahirkan hikmah pencegahan dari perbuatan keji dan kemungkaran, hikmah pensucian jiwa dan ketentraman, apabila dilakukan dengan penuh kekhusyukan, mentadabburkan gerakan dan ucapan yang terkandung di dalamnya, penuh ketenangan dan dengan tafakkur yang sesungguhnya. Maka ia akan keluar dari ibadah dengan merasakan kenikmatannya, terwarnai dengan nilai-nilai keta’atan dan mendapatkan cahaya ma’rifatullah. Rasulullah saw. bersabda: “Tidak seorangpun yang melaksanakan shalat maktubah (fardlu), lalu ia memperbaiki wudlunya, khusyuknya dan rukuknya kecuali shalat ini akan menjadi pelebur dosa-dosa sebelumnya selama tidak melakukan dosa besar. Dan ini berlaku sepanjang tahun.” (H.R. Muslim)

Inilah yang pernah dilakukan oleh salafusshalih termasuk di dalamnya Ibnu Zubair ra. Mereka laksana tiang yang berdiri tegak karena kekhusyukannya. Mereka terbius dengan kerinduannya akan Rabbnya dan mereka asyik berkomunikasi dengan Sang Khalik tanpa terganggu dengan suara makhluk-Nya.

Ada beberapa hal yang perlu kita perhatikan di saat melaksanakan ibadah shalat agar hikmah di dalamnya selalu terjaga:

Pertama, menjaga arkan, wajibat dan sunah. Rasulullah saw. bersabda: “Shalatlah kamu sebagaimana kamu melihatku shalat.”

Kedua, ikhlas, khusyuk dan menghadirkan hati. “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan keta’atan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (Al-Bayyinah:5)

Ketiga, memahami dan mentadabburi ayat, doa dan makna shalat. “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya.” (Al-Maa’uun: :4-5)

Keempat, mengagungkan Allah swt. dan merasakan haibatullah. Rasulullah saw. bersabda: “…Kamu mengabdi kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya dan apabila kamu tidak melihat-Nya, maka (yakinlah) bahwasanya Allah melihat kamu…” (H.R. Muslim)

Semoga kita semua mampu merenungkan kembali arti shalat dalam kehidupan keseharian dan berusaha terus-menerus untuk memperbaikinya agar kita benar-benar mi’raj kepada Allah swt. Wallahu A’lam Bish-shawwab

Apa Respon Anda ?

Insya Allah Tadika Anakku pada tahun depan 2010 akan di buka 2 sesi pagi dan petang. Sesi pagi untuk Pra 3 (6 Tahun) jam 7.30 hingga 11.30 pagi dan sesi petang untuk Pra 1 dan 2 (5 Tahun dan 6 Tahun) jam 12.30 hingga 4.30 petang.

Apa respon dan pandangan tuan/puan masa pembelajaran dan Pra.

Pandangan dan cadangan dari anda semua dapat dikongsi bersama.

Pihak Tadika Anakku sangat berbesar hati respon anda.

05 July 2009

PENDAFTARAN TADIKA SUDAH DIBUKA SEKARANG

Assalamualaikum semua

Pendaftaran Tadika Anakku telah

dibuka sekarang.

Borang pendaftaran boleh dimohon di Tadika.

Berita Baik

Pihak Tadika Anakku mengumumkan mulai tahun hadapan 2010,

DI BUKA 2 SESI

Pagi dan Petang

Sila hebahkan kepada kawan-kawan terdekat, terima kasih.

Tukar Tarikh Kelas Tuisyen HUSNA

Tarikh mula kelas Tuisyen HUSNA MENTAL ARITHMATIK telah diganti pada

18 Julai 2009

Harap Maklum

22 June 2009

Kelas Tuisyen HUSNA Mental Arithmatik Kembali Lagi 11 JULAI 2009





Berita baik kepada anak-anak tuan/puan.Pihak Tadika Anakku sekali lagi akan membuka pendaftaran baru kelas Tuisyen HUSNA MENTAL ARITHMATIK seperti di bawah.
APA ITU MENTAL ARITHMETIC
Mental Arithmetic adalah salah satu kaedah mengira secara pantas dengan menggunakan kekuatan daya ingatan minda.Ia merupakan salah satu cara untuk merangsang minda manusia terutamanya kanak-kanak. Teknik ini boleh dipelajari dengan berbagai kaedah.
KONSEP PEMBELAJARAN HUSNA MENTAL ARITHMETIC
Husna memperkenalkan konsep pembelajaran yang sangat sesuai untuk kanak-kanak pra-sekolah melalui konsep bermain sambil belajar serta merangsang pelajar ke arah penumpuan terhadap pelajaran.Melalui konsep ini pelajar dapat menggelakkan rasa bosan dan tekanan perasaan yang biasanya dialami oleh pelajar peringkat pra-sekolah.
OBJEKTIF
1. Meninggkatkan kreativiti berfikir
2. Meningkatkan tahap kecerdasan mental
3. Meningkatkan keyakinan diri
4. Meningkatkan daya ingatan
5. Meningkatkan kematangan berfikir
6. Meningkatkan kesabaran
KESAN PEMBELAJARANPELAJAR 5 TAHUN
1. Lebih berani dan berkeyakinan
2. .Memahami nilai jari dan sempua
3. Dapat menguasai kaedah jari dan sempua dengan baik
4. .Sebahagian daripada mereka boleh menguasai asas kiraan mental.
5. Lebih bersedia menghadapi cabaran pembelajaran yang lebih sukar ketika 6 tahun
PELAJAR 6 TAHUN
1. Lebih berani dan berkeyakinan.
2. Dapat menguasai kaedah jari dan sempua dengan baik
3. Sebahagian besar daripada mereka boleh menguasai kiraan asas mental dengan pantas.
4. Lebih bersedia menghadapi cabaran dan persaingan ketika tahun satu.
PELAJAR 7 TAHUN KE ATAS1
. Lebih berani dan berkeyakinan.
2. Dapat menguasai kaedah jari, sempua dan mental dangan baik
3. Sebahagian besar daripada mereka berupaya membuat kiraan mental dengan pantas.
4. Lebih bersedia menghadapi cabaran dan persaingan keyika tahun satu.
MASA PEMBELAJARAN
1. Hari Sabtu
2. Minggu kedua. Ketiga dan keempat
3. Selama 4 bulan (setiap tahap/level)
4. Dari jam 2-4 ptg5.
Maksima 1 kleas 15 orang6. Tahap/Level 1 selama 12 kali pertemuan atau 4 bulan
YURAN KEMASUKAN
Yuran Pakej keseluruhan untuk selama 12 kali pertemuan hanya RM185.00 sahaja
HAD USIA BELAJAR
1. Berusia 5 hingga 6 tahun
2. Berusia 7 tahun hingga 12 tahun
.....................................................................................................................................
Untuk makluman tuan/puan, kelas tuisyen ini berjalan seperti berikut:
Tarikh Mula : 11 Julai 2009
Masa : 2.00 hingga 4.00 petang
Tempat : Tadika Anakku, RPR Kidurong, Bintulu
Kekerapan : Seminggu Sekali, Sebulan 3 kali petemuan, pada sabtu kedua, ketiga dan keempat setiap bulan (12 kali pertemuan)
Yuran : RM185.00 (Level 1)
Diskaun : 10% untuk anak daftar keduan yang seterusnya

14 June 2009

Musim Sekolah Bermula Lagi

Dah 2 minggu kita bercuti, samada sendiri atau dengan keluarga. Kita telah gunakan cuti tok dengan sepuasnya ikut kemampuan masing-masing. Balik kampung mak bapak kita pun cuti juak katanya. Apa yang penting adalah masa yang telah kita gunakan dimanfaat sebaik mungkin.

Hari Isnin tok semua anak-anak kita dah pergi sekolah, jangan lupa semua persiapan mereka. Biasanya semangat anak-anak nak pergi sekolah selepas cuti panjang macam tok agak kurang, pandai-pandailah kita guna taktik tersendiri k. Selamat bertugas kembali.

26 May 2009

Keputusan Ujian Pertengahan Tahun 2009

Alhamdulillah, pelajar tadika telah selesai ujian pertengahan tahun.
Hasil ujian seperti berikut:

Pra 1:

Juara 1 - Abdul Mukmin Bin Mohd. Daud
Juara 1 - Nur Syafiqah Binti Sarbeki
Juara 3 - Dyg. Nur Athirah Awg. Julaihi


Pra 2:

Juara 1 - Asmaa' Mahirah Bin Mohd. Seliman
Juara 2 - Nur Asirah Binti Haslan
Juara 3 - Mohd. Dzul-Amali Bin Dzulkernain


Pra 3:

Juara 1 - Aminuddin Bin Baki
Juara 2 - Muhd. Aliff Bin Ashari
Juara 3 - Nur Syahidah Bin Suezerman


Pihak Tadika Anakku mengucapkan TAHNIAH DAN SYABAS kepada semua pelajar yang telah berjaya. Bagi yang belum berjaya, diharap ibubapa dapat membantu mereka menjadi insan yang terbaik.

12 May 2009

Movie Sukaneka 2009

Saksikan aksi semasa sukaneka Tadika pada 9 Mei 2009 terbaru ini.

11 May 2009

Hari Sukaneka Tadika

Alhamdulillah, Tadika Anakku telah berjaya menjalankan sukaaneka yang sangat meriah sekali dengan semangat kerjasama dan muhibah antara pihak tadika dan ibubapa pelajar tadika. Ini dapat kita lihat semasa sukaneka sedang berjalan. Walaupun jumlah pelajar sedikit, ianya tidak melunturkan semangat untuk menjayakan aktiviti ini.

25 April 2009

Anak-anak berlatih untuk Sukaneka

Sidak Pelajar tahu bahawa sidak akan berlomba masa hari SUKANEKA kelak pada 9 Mei 2009, sebab ya sidak tekun berlatih tiap-tiap hari supaya jadi PRO


Yang penting semangat berpasukan dan kerjasama perlu ada. Tok lah peranan para guru bukan sekadar pandai bermain tapi kena pandai bergaul dan berkawan dengan sepatutnya


Kita sama-sama berharap sidak pelajar tok kelak dapat jadi PRO bila masa main benar k, AMIN.

23 April 2009

MENSYUKURI NIKMAT ALLAH






Saban masa dan ketika kita menikmati kurniaan ALLAH. Setiap detik dan saat sejak kita dilahirkan hinggalah dewasa ini, kita tidak putus-putus dikurniakan dengan pelbagai nikmat. Lantaran ianya berlaku saban masa dan menjadi sesuatu yang lumrah, lantas kita tidak perasan dan menghiraukannya. Kita seolah-olah terlupa bahawa ia adalah hadiah dan kurniaan ALLAH kepada kita. Begitulah perangai kita yang tak ubah seperti kacang lupakan kulit.


Sesuap nasi yang kita makan, setiap teguk air yang kita minum, setiap zarah udara yang kita sedut bahkan setiap pandangan yang kita lihat adalah kurniaan Allah. Tanpa kurniaan ini, kita tidak dapat mengunyah makanan atau meneguk minuman atau menyedut udara di sekeliling kita. Selagi kita hidup di mukabumi ini kita tidak sunyi dari menerima kurniaan ini. Begitulah penyayangnya ALLAH yang bersifat dengan Ar-RAHMAN. ALLAH menganugerahkan kurniaanNya kepada semua makhluk, sama ada yang taat kepadaNya atau sebaliknya. Maka mengapa kita mesti mendustakan kurniaan ini? ALLAH masih sayang kepada hamba-hambaNya meskipun terlalu ramai yang tidak bersyukur di atas nikmat-nikmat itu.

Sebagai makhluk Allah, kita sewajibnya berasa prihatin atas kurniaan ini lalu mensyukuri atas segala nikmat tersebut. Rakaman kesyukuran bukanlah setakat mengucapkan 'alhamdulillah'. Ianya mesti dibuktikan dengan tindakan berdasarkan prinsip 'amal makruf, nahi munkar' atau buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang. Ini dilakukan setiap masa secara konstan dan terus-menerus.

Malangnya terdapat ramai manusia yang lupa daratan dan lupa akan segala kurniaan ALLAH. Ramai yang tidak mendirikan solat dan segala amalan yang disuruh. Sebaliknya ramai pula yang engkar dan menentang suruhanNya dengan melakukan pelbagai jenis kemaksiatan. Allah Maha Mengetahui bahawa ramai di antara hambanya yang tidak bersyukur.

Kesimpulannya, sebagai menunjukkan rasa berterima kasih kita kepada ALLAH, kita hendaklah sentiasa mengabdikan diri kepada ALLAH dengan segala bentuk amalan ibadat di samping kita meninggalkan kerja-kerja maksiat. Semoga kita termasuk dalam golongan hamba-hambaNya yang bersyukur. Wallahua'lam.

13 April 2009

Video Semasa Lawatan Ke Airport Bintulu

Gelagat 1




Gelagat 2




Gelagat 3




Gelagat 4

Seronoknya Anak-anak Pergi Lawatan

Alhamdulillah, pada 9 April 2009 rombongan Tadika Anakku telah pergi melawat ke Airport Bintulu. Apa lagi, yang paling seronoknya pelajr tadika lah.

Keseronokan itu jelas tergambar di wajah pelajar dengan gaya dan gelagat comel mereka. Ibubapa juga tidak ketinggalan mengambil kesempatan bersama dalam lawatan yang sangat bermakna ini.

Inilah suasana lawatan tersebut :

 

©2009 . | by TNB